Cart 0

RESEPI ONE - bITE SALAD WRAP dENGAN SOS KICAP SALAD


BAHAN-BAHAN:

Romaine Salad 1/2 cawan Kelapa parut sangai (boleh dikeringkan dalam air fryer)
1/4 cawan Ikan bilis goreng
1 1/2 cawan Nutriplus Tempura Nugget - digoreng dan dipotong kiub
1 biji limau nipis atau lebih - dipotong 1/4 inch kiub
1/2 biji bawang merah - potong dadu halus
Cili Padi - dihiris
1/2 cawan Kacang tanah panggang (Kacang Shandong)

BAHAN-BAHAN SOS KICAP SALAD:

4 sudu besar madu
4 sudu besar Mahsuri Kicap Manis Pedas
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh bawang putih - dicincang
¼ sudu teh kepingan cili

ARAHAN:

- Campurkan semua bahan bersama dalam mangkuk, kacau sebati

CARA PENYEDIAAN:

- Susun semua bahan salad dalam pinggan
- Gunakan daun, lipat seperti cawan kecil
- Masukkan semua bahan (dalam kuantiti yang sedikit) ke dalam daun salad bersama sesudu kecil sos dan siap untuk dinikmati.

Masa Penyediaan: 30mins
Masa Memasak: 10mins
Hidangan: 4

~Enjoy~

RESEPI Rice Paper Parcel

BAHAN-BAHAN:

Nutriplus karaage (dicincang)
Kobis (dicincang)
Lobak merah (dicincang)
Cendawan shitake (dicincang)
Halia (dicincang halus)
Daun bawang, bahagian putih diasingkan (dihiris halus)
Rice Paper

PERASA:

Mahsuri Kicap Manis Pedas
Sos tiram
Minyak bijan
Serbuk lada sulah

BAHAN SOS BIJAN MASAM MANIS:

1 sudu teh halia, diparut
3 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar bijan bakar
¼ cawan Mahsuri Kicap Pedas Manis
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan


Penyediaan:

- Campurkan semua bahan sos dan gaul sebati.

ARAHAN:

- Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan sedikit minyak, tumis halia dan bahagian putih daun bawang hingga keluar wangi.
- Masukkan cendawan, karaage, tumis selama 2 minit. Kemudian, masukkan kobis dan lobak merah yang dicincang dan tumis hingga agak lembut.
- Perasakan dengan kicap, sos tiram dan sedikit lada sulah. Masukkan bahagian hijau daun bawang, kemudian percikkan minyak bijan dan pindahkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
- Basahkan sedikit papan pemotong dan celupkan sehelai rice paper ke dalam pinggan yang berisi air selama 10 saat (anggaran). Letakkan rice paper di atas papan pemotong.
- Letakkan 2 sudu besar inti di tengah-tengah rice paper dan lipat seperti bungkusan. (Boleh guna 2 helai rice paper untuk elak kebocoran semasa menggoreng)
- Panaskan kuali dengan api sederhana dan tuangkan sedikit minyak. Goreng bungkusan selama beberapa minit sehingga kedua-dua bahagian berwarna perang keemasan dan rangup.
- Nikmati bersama sos bijan masam manis ketika masih panas dan rasai kerangupannya!


Masa Penyediaan: 20min
Masa memasak: 5min
Hidangan: 12

Resepi Cucur Jagung Ayam

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
1/2 cawan Nutriplus Ayam Tatsuta
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
Sedikit gula
Sedikit garam

BAHAN KUAH KACANG MUDAH:

1/2 cawan mentega kacang kasar
3 sudu besar air
2 sudu besar Mahsuri Kicap Manis Pedas
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 serai - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 bawang merah - dikisar
2 sudu kecil kepingan serbuk cili
Gula, Garam secukup rasa

ARAHAN:

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi
- Masukkan mentega kacang kasar, air, gula, garam, Mahsuri Kicap Manis Pedas, asam jawa dan kepingan serbuk cili. Masak sehingga mendidih.

ARAHAN (untuk cucur):

- Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Perap lebih kurang 1-2 jam sebelum digoreng
- Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang

Masa Penyediaan: 20min
Masa Memasak: 20min
Hidagan: 5

REsepi Lempeng keledek, ayam dengan Sambal cili padi bawang putih

BAHAN-BAHAN:

1 bawang sederhana, dicincang halus
1/4 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada
2 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan Nutriplus Popcorn Chicken
2 keledek sederhana, dikupas dan dicincang
Daun bawang - dihiris halus
1/2 cawan minyak

BAHAN SAMBAL KICAP:

5 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Mahsuri Kicap Manis Pedas
Sedikit jus limau

ARAHAN:

- Goreng cili padi dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak dan bawang putih nampak kekuningan.
- Kisar semua bahan.

ARAHAN (lempeng):

- Dalam mangkuk besar, satukan 4 bahan pertama. Masukkan telur, gaul hingga sebati. Tambah ayam dan keledek, gaul sehingga bersalut
- Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali nonstick yang besar di atas api sederhana. Tuang 1/4 cawan adunan ke dalam minyak; tekan perlahan untuk rata.
- Goreng sehingga perang keemasan pada kedua-dua belah. Angkat dan toskan pada tuala kertas. Tabur bawang cincang dan hidangkan dengan sambal kicap

Masa Penyediaan: 20min
Masa Memasak: 5min
Hidagan: 8