Mee Goreng Mamak Style

Jom lepak Mamak? Eh, tapi rasa macam nak lepak kat rumah je la.. sambil pekena pula Mee Goreng Mamak 🤔🤤
Boleh dikatakan hampir semua lapisan masyarakat Malaysia menggemari makanan di restoran mamak, antara menu yang
menjadi kegemaran pelbagai kaum adalah Mee Goreng Mamak.
Hari ni kami akan kongsikan resipi Mee Goreng Mamak yang sedap untuk anda..

Mee Goreng Mamak Style @NutriplusEggs x @Mahsuri

Bahan-bahan sos:

5-7 sdb Kicap Manis Mahsuri
3 sdb tomato
1 sdb serbuk kari
1 sdb pes cili
1 sdb gula
1/2 cawan air

 

Mee goreng:

1 pek mee kuning segar
1 biji kentang
Minyak secukupnya
3-4 ulas bawang putih
3-5 biji cili merah
1 cawan tauhu goreng
1 cawan taugeh
2 biji Telur Nutriplus dengan Omega-3Hiasan:

1/4 cawan daun salad - dicincang
1 biji limau nipis

 

Cara-cara:

- Dalam mangkuk kecil, satukan bahan sos. Kacau sebati.
- Rebus kentang sehingga empuk, Toskan air, dan setelah cukup sejuk untuk dikendalikan, potong kiub.
- Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan dengan api yang besar. Masukkan bawang putih, cili merah, tauhu, dan kentang. Kacau sehingga bawang putih naik bau. Sebelum bawang putih menjadi perang, masukkan adunan sos ke dalam kuali.
- Gaulkan kesemuanya, kemudian masukkan mee kuning. Kacau mee sehingga menyaluti sos, kemudian masukkan taugeh.
- Pindahkan mee ke tepi kuali, dan pecahkan dua biji telur. Guna spatula untuk memecahkan kuning telur dan biarkan ia masak selama 30 saat, kemudian gaul telur dengan mee selama 10-15 saat. Setelah siap dimasak, angkat dari api.
- Hiaskan mee goreng mamak dengan daun salad dan sebiji limau nipis. Sedap dinikmati ketika mee goreng mamak masih panas.

 

Hidangan: 3
Masa persediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit